Tips #3 PASTIKAN ANDA BEKERJA DI SINGAPURA DENGAN CARA YANG SAH!

MASUK DAN KERJA DENGAN SAH

Apabila anda mahu bekerja di Singapura, pastikan anda masuk dan bekerja secara sah. Jangan terpedaya dengan agen penipu yang hanya mahukan duit anda semata-mata dan biarkan anda terkontang-kanting.

Agen ini kebiasaannya bermulut manis dengan menabur janji untuk membawa anda bekerja di Singapura secara sah namun setelah bayaran diterima, mereka akan melarikan diri.

Tips #3 ialah anda pastikan bahawa apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura).


Sekiranya anda masuk secara tidak sah dan tiada permit, anda dikategorikan sebagai pendatang haram dan berkemungkinan besar akan ditangkap.

Impian anda untuk bekerja di Singapura akan hancur dan musnah. Hal ini adalah perkara yang paling mustahak.

Pastikan permit kerja tersebut adalah sah dan asli, bukan yang dipalsukan oleh agen-agen penipu!




E-book Kerja Singapura