PERJANJIAN HITAM PUTIH SANGAT PENTING
Sebelum mula
bekerja, anda wajib telah betul-betul kenal majikan anda dan tidak melalui
orang tengah.
Anda juga
perlulah mempunyai dokumen perjanjian secara hitam putih dan bukannya hanya
melalui perjanjian lisan sahaja.
Hal ini
demikian kerana, apabila ada apa-apa masalah atau hal yang berbangkit, anda
akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.
Tiada isu majikan tidak
membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda
masuk dan bekerja secara haram.
Apabila anda bekerja
tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka
tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja.
Jika anda membuat
laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari
sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.